aku adalah angin...

as free as the wind...

tidak sampai separuh pun bersama kembara memutar masa Ray, aku sedar dia ada dalam aku. pertanyaan2, kesalan2, kutukan2 menyalahkan sesuatu yg tak pasti... tapi yg paleng pasti, layanan Ray pada rembulan. aku sangat memahami perasaan Ray bila dia duduk sendirian menatap bulan di langet. sbb aku sendiri penchenta bulan sejati.

sungguh, sewaktu kecil aku selalu mengintai bulan dari celah tingkap (sbb emak tak bagi bukak tingkap malam2, maklumlah... rumah dekat betul dengan tanah perkuburan). bila masuk asrama aku selalu mencuri masa berdiri di hujung koridor tingkat 3 memerhati langit, mengharap bulan berbaek hatey tersenyum padaku. semasa di uni, aku biasa memanjat ke tangki aer blok 1 malam2 buta tanpa rasa takut walaupun semua org tahu betapa berhantu tempat tu (memang, mungkin hanya 2,3 org saja yg tau aktiviti gila aku nih)! tak kira di mana pun, aku selalu memandang ke atas mencari bulan. terbaek jika aku dapat duduk di buaian, menghayun diri selaju boleh, sehingga kaki terangkat tinggi dan dapat menyentuh bulan!!! itu, paleng aku suka... ya, ada sesuatu pada bulan yg tak terungkapkan perasaannya.

sehinggalah semalam, setelah aku menamatkan perjalanan 60 tahun usia Ray. aku temukan sesuatu. sesuatu, yg maseh tak terungkap dgn kata2. memang, aku bukan Ray, dan Ray bukan aku. tapi kesemua 5 persoalannya itu antara ribuan soalan yg selalu berpusing2 dlm ruang sempit kepalaku. aku mungkin tidak akan pernah berpeluang seperti Ray bertemu dengan orang dengan wajah menyenangkan itu (lagipun itu hanya khayalan, kan?) tapi Ray mendapatkannya kerana rembulan...

"Ini semua kerana rembulan. Setiap kali kau memandangnya, kau selalu berterima kasih kepada Tuhan. Setiap kali kau melihatnya, kau selalu merasa kuasa Tuhan menjejak setiap sudut bumi di mana cahaya rembulan menyentuhnya. Kau mengutuk, membantah, berprasangka buruk kepada Tuhan. Tetapi kau jujur, tidak pernah berdusta saat menatap rembulan, apa adanya. Kau selalu merasa andai kata semua kehidupan ini menyakitkan, maka di luar sana masih ada sepotong bahagian yang menyenangkan."


saat Ray dipersembahkan jawapan kepada persoalan terakhirnya, aku sendiri bertemu jawapan untuk sekian banyak pertanyaan...

0 sings along...: