aku adalah angin...

as free as the wind...

bbrp minggu kebelakangan, ada satu soalan yg sentiasa menyesakkan kepala. tak jumpa jawapan pada diri sendiri, beralih tanya pada Yg Lebih Tahu. Dia menemukan dgn Ray, lalu sedikit sebanyak meringankan sesak yg kalau tidak hampir putus nafas memikirkannya. namun dlm kembara bersama Ray, aku cuma belajar menerima hakikat bahawa setiap sesuatu perkara itu ada sbb dan akibatnya. Tuhan tidak menjadikannya berlaku sia2, pasti ada yg tersembunyi disebalik setiap kejadian.

tiada jawapan utk pertanyaan aku yg satu itu, melainkan pengertian.

sehinggalah petang tadi, aku ditakdirkan bertemu dgn jawapan yg aku cari2 sejak bbrp minggu kebelakangan. hoho tidaaaaakkk, tidak ada malaikat bersayap indah datang bertenggek di sebelahku, tidak ada juga org dgn wajah menyenangkan menepuk lembut bahuku. tidak ada. jawapan itu datang begitu saja. tepatnya, sewaktu aku sedang berhempas pulas melawan percikan minyak panas di dlm kuali kerana menggoreng ikan jaket. ketika itulah Tuhan berbaek hatey memberi aku jawapan.

aku masih ingat, kira2 setahun lps, buat pertama kali, aku belajar masak sayur kobis masak lemak (yg gagal, sebab rasanya sungguh pelik). aku goreng ikan dan telur dadar dan bungkus semua dlm tupperware bersama nasi. masuk dlm paperbag, dan akhernya dibuka semula di dataran merdeka. dia... lelaki yg dulunya memanggil aku 'budak dagu kerut' makan apa yg aku masak walaupun nampak terpaksa. dan aku bersungguh2 melihat dia makan tanpa menyedari telah terpercik satu harapan di dlm hatey. harapan yg teramat kecil utk aku sedari kewujudannya waktu itu. aku tak sedar, dia juga mungkin tak sedar, tapi harapan itu ada.

jadi itulah jawapannya... HARAPAN... semua ini berlaku sbb aku berharap. bukan harapan yg besar, cuma sepintas lalu, but still, i hoped. dan lebih teruk lagi, aku berusaha menuju ke arah harapan itu. dan dia tahu apa yg aku lakukan walaupun secara zahir aku menafikan. sebab itulah...

aku tidak sakit separah ini atas apa yg berlaku antara aku dgn a-beng. kenapa? sbb aku tidak pernah menggantung apa2 harapan langsung pada hubungan tu. betul, aku terluka sbb dia hanya menganggap aku mcm pelacur murahan, tapi dgn mudah aku membiarkan semuanya berlalu. betul, aku marah sebab dia memusnahkan segala angan2 cinta pertamaku, tapi tidak lama aku menerima semuanya dgn terbuka.

tapi lelaki yg memanggil aku 'budak dagu kerut' tu...

demi Tuhan, seumur hidup aku tak pernah memberi harapan pada sesiapa pun. tidak juga pada diri sendiri. walaupun secubit. sebab aku dah lama tahu, betapa akibatnya jika harapan hanyalah mimpi kosong. boleh jadi petaka, bencana. tapi dgn lelaki yg memanggil aku 'budak dagu kerut' tu... aku telah memberi harapan pada diri sendiri. dan di situlah silapnya.

jadi sekarang, aku perlu membuang jauh2 harapan tu. memang, ia sangat sukar, sebagaimana sukarnya aku memberi peluang pada diri sendiri utk berharap. tapi semua mesti dipadamkan terus. sbb selagi harapan tu ada, selagi itulah aku akan menderita...

i hoped... and that was the biggest mistake i ever made in my life so far...

0 sings along...: