aku adalah angin...

as free as the wind...

day 1

progress : 0%



***

seluruh hidup menanti, dan akhernya apabila perasaan itu muncul, ia diserahkan pada satu entiti yg tidak pernah wujud! cinta pertama yg langsung tiada bukti kewujudannya melaenkan aku sendiri mcm majnun yg giler melayan rasa. betul lah cinta itu buta!

seluruh hidup menanti, dan akhernya muncul lah orang yg (kononnya) benar2 memberikan chenta, kerana segala rentak tindaknya membuktikan keikhlasan hatey dan kesucian niatnya. sumpah, tidak pernah ada yg seperti dia! tapi Tuhan menentukan hadirnya sedikit terlewat.

lalu berperanglah hatey cuba menerima orang yg (kononnya) mencintai dan melupakan entiti ilusi yg dicintai separuh matey. ketika hampir tiada lagi tenaga tersisa, dan hatey mula pasrah menerima, orang yg (kononnya) mencintai telahpun beralih arah. kenapa semudah itu baginya sedangkan terlalu susah bagi aku?

tidak, cinta tidak sepatutnya semudah (semurah?) itu. cinta yg benar memerlukan ruang dan waktu... dia mungkin membuka ruang, tapi dia gagal memanjangkan waktu.

kalau aku mengambil masa yg cukup lama untuk bertemu cinta pertama, dan memerlukan ruang yg bukan sedikit untuk melepaskannya, apa mungkin aku akan bertemu cinta seterusnya dengan mudah?

ruang dan waktu...

sungguh aku ingin bercinta...
dan aku akan bercinta asalkan diberi ruang dan waktu untuk menerima...

0 sings along...: