aku adalah angin...

as free as the wind...

All Good Things Come to An End


bohong besar kalau aku kata aku tak perlu apapun darinya.

tipu benar kalau aku kata aku tak ada sebarang kepentingan padanya.
BETUL!!!

aku perlukannya dan aku memiliki kepentingan padanya.

aku perlu dia untuk membuat aku tetap menjadi diri aku sendiri.

aku perlu dia untuk membuat aku rasa diri aku adalah perempuan yg sbnrnya.

aku perlu dia untuk mengingatkan aku bahawa aku juga adalah manusia yg punya perasaan dan segala mcm masalah.

aku perlu bahunya saat bahu aku sendiri dah tak mampu menanggung beban yg menghenyak.

aku perlu dia untuk mengatakan tidak atau jangan, atau apa saja dgn segala alasannya, yg jarang sekali aku persetujui.

aku perlu pandangan dia atas perkara yg aku lakukan, walaupun tak selalu aku endah.

memang

padanya tempat aku menghambur marah.

padanya tempat aku mengesat air mata yg tumpah.


tapi

aku juga membencinya!!!

benci kerana dgnnya aku menjadi perempuan lemah.

benci kerana dgnnya aku menjadi manusia lembik.

benci kerana dgnnya aku tak kenal siapa diri aku.

benci kerana dgnnya juga aku jumpa diri sebenar aku.

paling aku benci, dia masih menerima aku tak kira apa pun yg aku dah buat supaya dia benci aku!!!

dan untuk itu aku jadi benci pada diri sendiri kerana pada akhirnya aku tetap datang padanya tak kira sejauh mana aku cuba berpaling.

ya, aku suka, sangat suka padanya. titik. di ulang… titik, bukan koma.

ada satu nama yg telah meletak titik di situ, tapi sayang itu bukan namanya.

dia harus tahu betapa keras aku cuba menukar atau lebih baik lagi membuang titik itu.

dia harus tahu bagaimana aku berusaha melangkaui titik mati itu.

dia juga harus tahu saat ini aku sudah terlalu letih mencuba.

aku hanya ingin berehat.

mungkin kemudiannya aku akan mencuba lagi.

mungkin…

0 sings along...: