aku adalah angin...

as free as the wind...

ada keinginan yg bukan sekadar wishful thinking bahawa pada satu ketika mahukan satu perubahan dan mencari satu bentuk kehidupan yg baru, perubahan+pembaharuan+kelainan total yg langsung tidak ada connection dgn kehidupan sebelumnya.

tak kiralah samada dari segi tempat tinggal, kawan2, kerja, atau apapun. jika memang itu yg terbaik, pastinya akan terjadi dan dimudahkan jalannya.

ketika rasa letih dan penat datang menghentam, dan semua usaha telah dilakukan untuk membendung segala permasalahan, malah sudah puas memanjat doa, sedang penyelesaian masih kabur, pastinya tidak ada jalan yg lain kecuali mencari satu bentuk kehidupan yg baru.

bukan satu keinginan yg absurd, tapi itu pun jika memang diizinkan, dan jika memang takdirnya begitu. pasti akan ada peristiwa baru, cabaran baru dan segala mcm kesulitan baru. tapi dari sisi lain pasti akan ada senyum tawa dan kegembiraan yg datang melengkapi.

tapi itulah namanya hidup. sesuatu perkara yg terlalu pahit untuk ditelan ketika ianya terjadi, adakalanya mampu mengukirkan senyuman sehingga ketawa terbahak tatkala terkenang semula, boleh jadi kerana teringatkan kebodohan diri ketika menangani kepahitan itu. begitu juga sesuatu perkara yg begitu manis pada detik terjadinya, tapi boleh jadi mengundang air mata pilu saat sejenak meluangkan waktu mengenangnya, mungkin kerana terpaksa menerima hakikat terpaksa melepaskan kemanisan itu.

walaupun senang dgn apa yg ada pada saat ini, tapi janganlah menutup pintu dan jendela atas segala hal yg akan datang di kemudian hari. jika itu lebih baik, walaupun mungkin bukan yg terbaik, mengapa tak mencuba untuk menerima dan menjalaninya?

hidup ini indah kawan, dgn segala suka dan dukanya.

0 sings along...: