aku adalah angin...

as free as the wind...

kasihannn...


lelaki itu tidak pernah menyapa perempuan ini.

berjalan di depan perempuan ini dengan selamba (atau mungkin dia tidak tahu dan tidak sedar ada seorang perempuan di situ? sentiasa berada di depan matanya setiap detik dan ketika? mencuri2 memandangnya dari balik suratkhabar dan terburu2 menunduk menyembunyikan wajah tatkala lelaki itu merasa ada seseorang yg memperhatikannya?).

bibir lelaki itu terus menghisap berbatang2 rokok saban hari. asap yg berterbangan singgah pada wajah perempuan ini. tapi adakah lelaki itu tahu, kalau asap rokoknya sedikit pun tidak pernah meracuni perempuan ini malah dihirup ibarat manisnya madu.


mulut lelaki itu tetap berceloteh di telefon bimbitnya tanpa mempedulikan situasi sekeliling (atau mungkin dia peduli, tapi dia terlalu sibuk untuk mengambil berat), tanpa pernah melihat bahawa perempuan ini begitu mengagumi setiap ledakan tawanya, setiap gurau sendanya, setiap makian, setiap kalimat amarah, setiap emosi yg terhambur, setiap rayuan (yg menyiksanya!), dan setiap huruf2 yg berhamburan keluar dari mulutnya.


dan perempuan ini juga tidak pernah menyapanya.
duduk saja di situ.
memerhati dalam diam, tapi hatinya menjerit,


“heeeeeeeeyyy!!! lihat aku! aku di sini! cuba tamatkan bualmu, hentikan langkahmu, dan padamkan rokokmu!!! lihat, lihat aku di sini!!!”


“aku di sini!!! ”

dari dulu dan sampai nanti... aku tak akan pernah berhenti!”


"...meskipun lelah aku akan tetap terus begini..."


suara perempuan ini mengendur dan akhirnya hilang.

namun perempuan ini masih juga tetap di mana dia selalu berada...

0 sings along...: