aku adalah angin...

as free as the wind...

aku.


kamu.


dua dunia yang sungguh berbeza. bahkan kita tak bicara dalam bahasa yang saling terfahami. walau masih mendongak ke arah bulan yang sama, warna cahayanya nyata terlihat beda.


kemudian pada satu titik, jalan hidup kita tiba-tiba bersinggungan. lalu tanpa sedar, aku dan kamu menjadi kita. kita yang gembira tapi derita. entah apa bezanya. yang aku tau, kamu seperti bayang-bayang yang selalu ada, terlalu dekat namun juga begitu jauh tak tersentuh.


dan seperti aroma kopi panas, wangimu menggoda. pekatnya sempurna dengan sedikit sentuhan rasa tidak terlalu manis, aroma eksotik dari sepotong cinnamon, dan kelembutan whipped cream bercorak hati di atasnya. membuat aku ketagih menghirupmu lagi dan lagi. tapi terlalu sayang aku tak mampu menghabisi kamu.


kau. ceritaku. kisahku.


separuh hidupku. penyimpan rahsiaku.


itu dulu.


kini,


kau... masa silamku.


kerana titik itu telah terpecah. menjadi jisim halus yang mustahil tercantum kembali.




kau... sejarahku. aku... sejarahmu.

0 sings along...: