ku persembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupkuku
jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan nikmat itu kepadaku
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa-dosaku dan setiap perkara yang telah lalu
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka.
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
cukuplah hanya Engkau bagi orangorang yang berharap; harapan dan kekayaan
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu.
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
yang selalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
dan keampunanMu yang mendatangi hamba
meninggikan dan memuliakan (martabatnya)...
bait-bait lagu diatas adalah sebahagian daripada syair Imam as-Syafie sebelum beliau meninggal dunia. diceritakan ketika Imam Al-Muzani (salah seorang anak muridnya di Mesir) menziarahi beliau di tempat dimana beliau meninggal dunia, Imam Muzani bertanya akan kesihatan diri beliau. lantas Imam As-Syafie menangis dan membaca syair Ilaika ini.
sungguh meruntun hati…
dan semoga kau sedar diri...