aku adalah angin...

as free as the wind...

waktu kau letih dan patah semangat kerana segala usaha dan kerja kerasmu sepertinya tak memberi apa2 makna, Tuhan tahu bahawa kau sudah mencuba sedaya yg boleh. mungkin Dia hanya menunda waktu yg lebih tepat untuk kau raih apa yg kau inginkan.

waktu kau menangis saban malam dan hatimu hancur punah kerana duka dek kerenah manusia yg menyebalkan, Tuhan menghitung setiap titis air mata yg tercurah. siapa tahu akan digantikan dgn pelangi yg indah?

waktu kau merasa hidupmu terumbang-ambing bagai perahu kecil yg berlayar di tgh lautan tanpa arah kerana tiada kepastian tujuan, ingatlah… Tuhan sebenarnya ada bersamamu menunjuk jalan.

waktu kau merasa sendirian meneruskan hari2 mu, keluarga jauh di mata, teman pula entah di mana, sedarlah… hakikatnya Tuhan ada di sampingmu.

waktu kau menemukan jalan buntu sedangkan sudah mencuba segala bagai cara, Tuhan setia mendampingimu mencari jalan keluar.

waktu matamu bercahaya kerana melihat setitik harapan yg menjanjikan, saat itulah Tuhan sedang berbisik kepadamu.

waktu segala sesuatu baik adanya dan banyak hal membuatmu berterima kasih, itu bukti Tuhan sedang memimpin tanganmu.

waktu sesuatu yg menyenangkan hati terjadi dan hatimu dipenuhi rasa kagum, saat itu Tuhan sedang tersenyum manis padamu.

waktu kau memiliki tujuan untuk digapai dan mimpi untuk diwujudkan, saat itu Tuhan mencelikkan matamu dan memberimu inspirasi.

yeah, di manapun kau berada dan apapun yg kau hadapi, Tuhan tahu semuanya. janganlah kau merasa sendiri atau berkecil hati lagi kerana Dia Maha Tahu apa yg kau alami dan rasakan. Dia tidak hanya tahu, tapi Dia juga sediakan jawapan dan jalan keluar untuk setiap masalah yg kau hadapi.


kau hanya perlu mencari dan menghampiri Nya.



seperti pesan emak…




Tuhan Maha Kuasa

sebab itu ada karma

sebab itu perlu redha…

1 sings along...:

Maka dengan itu kita harus redha dengan apa yg ditakdirkan untuk kita kan..?? TQ makcik Miharu