aku adalah angin...

as free as the wind...

remember when u had to wait for almost an hour semata2 untuk menikmati keghairahan menaiki roller coaster corkscrew di genting theme park? masih ingat betapa penatnya ketika beratur menunggu giliran untuk mencuba spaceshot? bagaimana perasaannya ketika mulai menaiki permainan itu dan ditunggang terbalikkan sampai adrenalin mendesak otak, seluruh tubuh menjadi seram sejuk, nyawa bagaikan di hujung tanduk lalu kau menjerit sehabis kuat mengharap semuanya segera berakhir? namun apabila semuanya berhenti, anehnya kau merasakan satu kepuasan malah ingin mencubanya lagi walaupun perut agak mual. cuba ingatkan keadaan diri kau ketika itu. setiap detik dan minit.


that is what life is all about. kau harus sedar bahawa tak selamanya kau akan berada di dlm roller coaster itu. ada masa semua kemeriahan, kesenangan, kebahagiaan akan meninggalkan atau harus ditinggalkan.

pasti kau masih ingat few moments yg sgt membahagiakan yg berlaku dlm hidupmu. satu masa yg sgt menggembirakan sehingga wajah seakan memancarkan cahaya hangat, mata bersinar menyerlahkan kebahagiaan yg bukan dibuat2. namun bagaimana keadaannya ketika happy moments itu harus berlalu dari dirimu, tak menyisakan apapun kecuali kenangan bahagia dan torehan kepedihan sekaligus.

jika kenangan indah itu tiba2 datang, kenanglah semuanya. rasakan indahnya saat semua kenangan itu terjadi dan biarkan ia merasuk fikiranmu. nikmati semuanya… jangan ditolak, kerana menafikan saat indah itu hanya akan menyakiti dirimu sendiri. dan jangan pernah mengubah kenangan itu dgn menghadirkan kepedihan yg akhirnya akan melukakan hatimu sendiri.

bersyukurlah kerana telah mendapat pengajaran yg sgt penting pada satu titik dlm kehidupanmu. meskipun kau tahu, selamanya kau takkan mungkin menyentuhnya, malah landasan kamu dgnnya terpisah semakin jauh.

bersyukurlah kamu pernah melalui semua itu tanpa pernah mengharap balasan apapun, meski keinginan itu bagaikan pukulan bertalu2 yg mengasak setiap penjuru otakmu, menghambat setiap detak jantungmu, dan bahkan meledak2 pd setiap denyut nadi dlm tubuhmu. walaupun hatimu terasa dirobek2 seakan dirimu adalah satu entiti yg tak berharga.

kembangkan rasa syukurmu, bahawa apapun yg berlaku, semanis manapun awalnya dan segetir manapun akhirnya, itu yg terbaik. dan Maha Pemurah Tuhan membenarkan kau menikmatinya walau sebentar…

hidup akan terasa indahnya ketika bersabar atas kepedihan yg datang, dan ikhlas atas kehilangan. walaupun kau sendiri tahu, tak tergambar betapa byk air mata yg mengalir atas semua itu.


itu wajar, kerana kita – kau dan aku - hanya manusia biasa.

0 sings along...: