bagaikan burung
pertama kali bertemu sangkar emas
dia hinggap dan ingin menetap
sayang sebenarnya
sangkar emas itu
hanya membawa derita
dia cuba bertahan
mengerah semua tenaga
kerana pada rahimnya telah tersemai benih cinta
yang ingin ditelurkan
tapi hakikatnya
sangkar itu penuh duri
yang selalu melukai tubuh kecilnya
mematah2 sayapnya
hingga terasa mustahil untuk kembali terbang
akhirnya dia menyedari
telah salah firasat hati
silap menempati
sangkar emas tak pernah peduli
sampai masanya dia harus pergi
terbang ke destinasi tak tahu pasti
a heartfelt song by
Ms Wind
0 sings along...:
Post a Comment