aku adalah angin...

as free as the wind...

rupanya kamu masih di situ.
setiap detik.
setiap saat.


percayalah, jodoh itu ibarat magnet.

sehebat mana pun kamu berusaha mendekat, jika dia bukan ditakdirkan untukmu, maka selalu akan ada kekuatan lain yg memaksa untuk kalian selalu berjauhan. dan sebaliknya, kalau dia memang telah ditakdirkan tercipta untukmu, secanggih apapun usahamu untuk menjauh, berlarilah sampai ke hujung dunia sekalipun, dan buatlah apapun caranya untuk menghilangkan dia dalam kehidupanmu, pasti akan ada sebuah kuasa yg terus mendorong kalian untuk saling berdekatan.


dan percayalah, bahawa jodoh memang tak pernah akan berhenti memburu dan mendekatimu sedang pada masa yg sama bisa berlari menjauhi kejaranmu.


jadi sampai bila kamu akan terus menjadi begitu? duduk menikmati gelas minuman yg entah keberapa, memandang langit senja yg perlahan2 memudar merahnya, dan membaca lembaran demi lembaran akhbar yg ada di tangan, sedang jantung yg berdebar hanya memekakkan telingamu sendiri?


percayalah... bahawa jodoh adalah sesuatu yg dipersembahkan untukmu, bukan untuk kamu cari.
percayalah... bahawa jodoh adalah sesuatu yg tak perlu dikejar sampai ke hujung dunia, kerana kelak jodoh itulah yg akan datang mengetuk pintu hatimu.
percayalah... bahawa jodoh telah dipersiapkan untukmu saat kamu masih dalam rahim ibumu; jadi memperebutkan cinta adalah suatu hal yg sangat bodoh dan hanya akan melemahkan jiwamu.


percayalah...

0 sings along...: