aku adalah angin...

as free as the wind...

Sekiranya kamu dapati dirimu dengan sepenuh hati menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan kecewa. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.


Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.


Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai dirimu dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi... Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara setiap orang mengendalikannya berbeza.


Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.


Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia saat ia harus pergi tetapi janganlah kau menangisinya. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…

0 sings along...: