aku adalah angin...

as free as the wind...

Pemuda itu kembali menuju perahunya. Beberapa orang lelaki dan perempuan berkejaran ke arahnya lalu mereka bertanya tentang gadis seperti apakah yang sebenarnya dia inginkan.



Sang pemuda tersenyum dan berkata;


“Aku sedang mencari perhiasan terbaik untuk menghiasi indahnya perjalanan hidupku. Aku ingin jikalau aku memandangnya maka bahagialah aku, jika aku memberikan arahan atau perintah maka dia taat akan itu, dan jikalau aku jauh darinya aku tetap yakin bahawa dia bisa menjaga kehormatannya dan kehormatanku.”



Lalu datang lelaki tua berwajah teduh. Dia mendekat dan menepuk pundak pemuda itu, lalu dia pun berkata;


“Duhai pemuda, kau sedang mencari sesuatu yang sangat berharga. Kuharap saat berlayar nanti kau sempatkan diri untuk bercermin di kebeningan air.”



Sang pemuda segera beranjak menaiki perahunya, lalu perahu itu pun menjauh dari tepian. Di tengah lautan dia cuba bercermin di permukaan air laut yang berombak kecil dan tenang. Lalu dia pun bertemu jawapannya. Bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah juga sebaliknya. Dia teramat malu akan dirinya, lalu dia pun segera mencari pantai untuk menepi.



Di pantai itu dia melihat sebuah pondok yang sangat sederhana. Terdengar lantunan ayat-ayat cinta memuji tuhan dari suara merdu anak perindu. Dihampirinya pondok itu, dan terlihatlah seorang perempuan sedang mengajarkan tiga anak kecil mengaji. Pemuda itu amat terpesona akan suasana penuh kesejukan cinta.



Tiba-tiba pemuda itu tersedar saat satu tepukan lembut singgah di bahunya. Di sisinya berdiri seorang lelaki sambil tersenyum ramah. Tanpa ditanya lelaki itu tiba-tiba berkata;


“Wanita akan dimuliakan oleh lelaki yang mulia dan wanita akan dihinakan oleh lelaki yang hina pula.”



Lalu lelaki itu pun melangkah menuju pondok indah yang bertuliskan sakinah mawaddah wa rahmah. Dan pemuda itu kini semakin tahu apa yang harus dilakukannya. Dia pun kembali menuju perahunya.




Mampukah kamu menjadi seorang perempuan seperti yang diinginkan lelaki itu?

Menawarkan sakinah mawaddah wa rahmah untuk suamimu?

0 sings along...: