aku adalah angin...

as free as the wind...

Sebenarnya, dalam hidup ini kita ada 3 hari saja.


Pertama - semalam


Kita tak mampu mengubah apa pun yang telah terjadi.

Kita tak boleh menarik apa pun perkataan yang telah terucapkan.

Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan

dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan semalam.

Biarkan semalam berlalu, lepaskan saja…



Kedua - esok


Hingga mentari esok hari terbit,

kita tak tahu apa yang akan terjadi.

Kita tak bisa melakukan apa-apa esok hari.

Kita tak mungkin tahu samada kita akan sedih atau ceria esok hari.

Esok masih belum tiba, biarkan saja…



Ketiga - hari ini


Pintu masa lalu telah tertutup, pintu masa depan pun belum terbuka.

Pusatkan saja diri untuk hari ini.

Kita dapat melakukankan lebih banyak hal hari ini

bila kita mampu memaafkan perkara yang telah berlalu semalam

dan melepaskan ketakutan menempuh esok hari.

Hiduplah hari ini.

Kerana masa lalu dan masa depan

hanyalah permainan fikiran yang rumit.

Hiduplah apa adanya.

Kerana yang ada hanyalah hari ini.

hari ini untuk beribadah dan bertaubat.



Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat,

meski mereka berlaku buruk terhadap kita.

Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini,

kerana mungkin esok cerita sudah berganti.

Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain

bukan kerana siapa mereka,

tetapi kerana siapakah diri kita sendiri.



Jadi, jangan biarkan masa lalu terus mengekang

dan masa depan membuat kita bingung,

lakukan yang terbaik HARI INI

dan lakukan sekarang juga!!!!!!

0 sings along...: