dulu
dia bina tembok dari bata ketakutan
bersimenkan kebimbangan dan kekhuatiran...
tapi ada tangan besi
mengetuk dan meruntuh perlahan-lahan
bila tembok dari batatakutsimenbimbang akhirnya roboh
tangan besi bertepuk dan melambai pergi...
kini
dia bina tembok dari bata air mata
bersimenkan kekecewaan dan kelukaan...
demi Tuhan dia bersumpah
tembok dari bataairmatasimenkecewa ini
akan lebih kukuh dan kuat
dan takkan runtuh datanglah mesin besi sekalipun...
kemaren gelas kaca saya retak
tapi saya tampal dengan pita lekat
nampak teruk, tapi maseh boleh pakai.
semalam gelas kaca saya pecah
saya cuba tampal dengan pita lekat
nampak sangat huduh, tapi saya maseh simpan.
tadi gelas kaca saya terhempas berderai
saya tetap cuba tampal dengan pita lekat
walaupun jari terluka berdarah pekat.
gelas kaca saya
dah tak serupa gelas kaca lagi
dah tak boleh ditampal2 lagi.
tapi saya takkan buangkan
sebab gelas kaca saya ini
saya dapat bertaruh maruah sendiri...
sudah terlalu lama
tapi kau masih terdera
hijab rahsia demi rahsia
satu demi satu terbuka di depan mata...
sesuatu yg kononnya suci dan agung itu
tak pernah wujud
sekadar halusinasi kau yg bangang
sungguh,
KAU MEMANG BANGANG!!!!!!!!!!!!!
i cant sleep.
no. that is understatement.
the truth is...
i.am.afraid.therefore.i.dont.want.to.fall.asleep.
i'm very apprehensive to fall asleep only to wake up
...crying like i'm about to die in an instant.
...with heart beating too fast like my chest is going to explode.
...respiration goes illogically high i dont have time to catch a breath.
damn i hate nitemares.
why there's never sweet dreams on my slumberland?
tired... but wired...
God i'm exhausted...
it took her like forever to get over the fact that baba had finally succumb to his disease.
now comes another frightening news from someone she always held so close to her heart.
please God, dont take him so soon.
it took her a very long time to finally accept the fact that first love doesnt always meant to be true love.
and for whatever reason that invisible entity is suddenly popping out, haunting her like ghost from past.
please God, dont let her falter again.
God... please, please, please...
even if u handle it with extreme care...
u'll never know when the balloon u blow will pop.
(rip)
malam membuatku menangis karena ia hanya mengantar banyak sepi.
malam memaksaku mengasah pisau, karena sepi memintaku membunuhnya berkali-kali.
karena hidup adalah keniscayaan yang rapuh,
maka jangan pernah gentar pada kematian.tamara geraldine
(dari kisah2 perselingkuhannya)
aku pernah menakuti kematian, kerana aku tidak tahu bila dia akan datang.
tapi apabila memahami bahawa kematian itu tidak datang,
sebaliknya sentiasa mengekori setiap denyut nadi,
aku tidak gentar lagi.
aku bersedia menyambutnya,
meraikannya dengan hati penuh cinta.
hari ke empat dalam kembara 90 hari mencari cinta.
Tuhan membuka mata dengan menghantar seorang manusia,
yang berkata, 'kamu terlalu skeptikal dan paranoid.'
oh, terima kasih.
aku punya alasan untuk jadi begitu.
pengalaman sayang, pengalaman yang membentukku jadi begitu.
tapi mulai detik ini aku harus belajar menolak apapun alasan yang ada.
demi nikmat cinta yang belum pernah aku rasa.
hadirlah cinta,
sebelum kematian menjemputku pulang.
please dont cry...
day 2
progress : 0%
***
dulu aku sama mcm Zalaiva... menanti kerana percaya ia akan datang.
dan benar, akhernya ia tiba... hadir begitu saja.
tapi cuma untuk seketika.
aku dan Zalaiva berkongsi rasa yg sama...
terlontar jauh ke atas awan melepasi petala ke lapan,
dan kemudiannya terhunjam deras terhempas keras ke perut bumi.
parah.
ketika itu baru tersedar, sayap yg kononnya indah itu hanya dongeng.
Zalaiva sedar.
aku juga sedar.
akulah itu, Zalaiva yg buta.
tapi kali ini aku ingin melihatnya secara nyata...
jadi Tuhan,
bukakanlah mata ini seluas-luasnya!!!
day 1
progress : 0%
***
seluruh hidup menanti, dan akhernya apabila perasaan itu muncul, ia diserahkan pada satu entiti yg tidak pernah wujud! cinta pertama yg langsung tiada bukti kewujudannya melaenkan aku sendiri mcm majnun yg giler melayan rasa. betul lah cinta itu buta!
seluruh hidup menanti, dan akhernya muncul lah orang yg (kononnya) benar2 memberikan chenta, kerana segala rentak tindaknya membuktikan keikhlasan hatey dan kesucian niatnya. sumpah, tidak pernah ada yg seperti dia! tapi Tuhan menentukan hadirnya sedikit terlewat.
lalu berperanglah hatey cuba menerima orang yg (kononnya) mencintai dan melupakan entiti ilusi yg dicintai separuh matey. ketika hampir tiada lagi tenaga tersisa, dan hatey mula pasrah menerima, orang yg (kononnya) mencintai telahpun beralih arah. kenapa semudah itu baginya sedangkan terlalu susah bagi aku?
tidak, cinta tidak sepatutnya semudah (semurah?) itu. cinta yg benar memerlukan ruang dan waktu... dia mungkin membuka ruang, tapi dia gagal memanjangkan waktu.
kalau aku mengambil masa yg cukup lama untuk bertemu cinta pertama, dan memerlukan ruang yg bukan sedikit untuk melepaskannya, apa mungkin aku akan bertemu cinta seterusnya dengan mudah?
ruang dan waktu...
sungguh aku ingin bercinta...
dan aku akan bercinta asalkan diberi ruang dan waktu untuk menerima...