aku adalah angin...

as free as the wind...

dulu
dia bina tembok dari bata ketakutan
bersimenkan kebimbangan dan kekhuatiran...

tapi ada tangan besi
mengetuk dan meruntuh perlahan-lahan
bila tembok dari batatakutsimenbimbang akhirnya roboh
tangan besi bertepuk dan melambai pergi...

kini
dia bina tembok dari bata air mata
bersimenkan kekecewaan dan kelukaan...

demi Tuhan dia bersumpah
tembok dari bataairmatasimenkecewa ini
akan lebih kukuh dan kuat
dan takkan runtuh datanglah mesin besi sekalipun...

2 sings along...:

namun tembok batu itu akan terhakis jua...
kerana berjuta seteru angin(nafs) datang menghempas...
memecah keakraban dari ramuan kecewa dan kelukaan...
dia dipulas oleh adunan rayu-rayuan hingga terlantar kekuatiran di medan kerobohan iktikad...
seolah tuhan sengaja mencari pasal....
mencari pasal... mencari...
mencari diri yang telah hilang dalam kelemasan munajat....
munajat sakti memuja diri...
kian terlupa wajib pasrah pada apa jua ujian walau sekelumit azab datang menimpa kerana itulah dia pemujaan REDHA(terima apa saja hukuman)...
lantaran dari kelemahan dan kefanaan yang kerdil....
melagukan alunan ketika cinta bertasbih....

ha...ha...ha aku asyiknya beron

assalamulaikum... wasalam..

salam...

deep, komen kamu.
terpukul, tapi kamu betul.
saya kecundang kerana tembok tak cukup kuat.
hanyut di laut kepalsuan hakikat.
menyimpang jauh dari landasan iktikad.

saya...
sedang mencari jalan pulang...