aku adalah angin...

as free as the wind...

ada seorang lelaki berdiri di balik pintu. mengetuk pintu itu berkali2, seolah seluruh energi yg mengalir di tubuhnya ditumpukan hanya untuk mengetuk pintu itu. dan anehnya, lelaki itu seperti menyukai energinya terperah begitu dan juga menikmati keringatnya yg tidak henti2 mengalir.


dan lelaki itu terus menunggu di balik pintu. sambil tangannya bagaikan tidak jemu mengetuk daun pintu itu. lagi, dan lagi.


di dalam, seorang perempuan terpunduk diam. oh, tidak. mulutnya memang terkunci, tapi tubuhnya bergetar hebat dan air matanya terus menitis. dia betul2 ingin bangun dan membuka pintu itu, namun dia tidak mampu. sekuat mana pun dia mengerah kudratnya, dia tetap tidak berdaya.


di luar, lelaki itu masih berdiri di balik pintu. menunggunya sambil terus mengetuk pintu. ketukannya terkadang kedengaran keras dan menakutkan, terkadang mendatar, terkadang berirama seperti paluan gendang. namun apabila keletihan, dia akan menyalakan rokoknya, kemudian bermain dengan kepulan2 asap sambil telinganya bekerja keras cuba menangkap sebarang bunyi yg terhasil dari balik pintu di sebelah dalam. lelaki itu hanya mampu membayangkan bagaimana keadaannya jika akhirnya pintu itu terbuka untuknya.


dan kerana itulah lelaki itu masih ada di balik pintu itu. kerana dia meyakini pasti akan sampai saatnya dia melepasi pintu itu.


namun, dalam getar tubuh yg menggila, dalam esak tangis mencengkam dada, lambat2 perempuan itu berbisik,


'pleaseee... will u please, just leave. u know u're not the one i'm waiting for...'


sayangnya, bisikan perlahan itu tidak didengari lelaki di luar sana...

0 sings along...: