aku adalah angin...

as free as the wind...

mungkin memang ada masanya lelaki itu menoleh. memandangnya sejenak. menatap raut garis mukanya, meneliti setiap inci wajahnya lalu berkata, “hmm… manis juga…”

mungkin memang pernah sesekali lelaki itu berhenti melangkah, lalu ikut duduk di samping mejanya, memesan minuman yg sama, meneguk sama perlahan, juga menikmati senja yg sama, dari sudut yg tak jauh berbeza.


memang mungkin pernah terjadi, lelaki itu berhenti seketika, lalu bertanya, “sekarang pukul berapa, ya?” lalu kemudian menyambung lagi perbualan di telefon setelah dia hanya menjawab, “i have no idea what time is it…” kerana dia telah menghancurkan semua jam; yg berjarum, yg digital, yg besar, yg kecil, pendek kata semua jenis jam yg ada padanya, sebab dia tidak mahu waktu mengingatkannya bahawa penantian dan pengharapan ini sudah cukup lama.


tapi semua itu bukan hanya mungkin, malah mustahil!!!


lelaki itu pasti tidak pernah, dan tidak akan bertanya,

“is this chair taken?”


bagaimana akan menjadi mungkin, kalau dia sendiri berperang dgn perasaan samada harus atau tidak berterus terang menyatakan pada lelaki itu bahawa kerusi di sampingnya, tempat dia meletakkan jaket dan beg tangannya, bukanlah bermaksud bahawa kerusi itu sudah terisi atau pemiliknya sedang pergi. hakikatnya sengaja dia membuat begitu agar tidak ketara isi hatinya yg menunggu kalimat sakti itu keluar dari mulut lelaki yg dinanti.


sedangkan untuk menyapa saja pun dia enggan, ini kan pula hendak mengaku,

'no. never. it's yours. always...'

0 sings along...: