aku adalah angin...

as free as the wind...

jika kau tinggal di rumah yg baik, memiliki cukup makanan dan dpt membaca akhbar setiap hari

…kau adalah sebahagian dari kelompok terpilih.


jika kau bangun pagi ini dan merasa sihat

…kau lebih beruntung dari jutaan org yg mungkin tidak akan dpt bertahan hidup minggu ini.


jika kau tidak pernah merasakan bahaya perang, kesepian kerana dipenjara, kesakitan akibat penyiksaan, atau kelaparan tanpa sesuatu untuk mengisi perut

…kau berada selangkah lebih maju dibandingkan 500 juta org lain di dunia.


jika kau dapat menghadiri pertemuan politik atau keagamaan tanpa merasa takut akan diperlecehkan, ditangkap, diseksa, atau mati

…kau beruntung, kerana lebih dari 3 juta org di dunia tidak dpt melakukannya.


jika kau boleh bertemu dengan kawan2 mu, minum kopi dgn santai dan menonton wayang bersama tanpa sebarang kerisauan

…kau bertuah, kerana begitu ramai manusia di dunia yg hanya bermimpi dpt melakukannya.


jika kau memiliki makanan di dalam peti ais, baju-baju di almari pakaian, dan memiliki bumbung yg menaungi tempat kau beristirehat

…kau lebih kaya dari 75% penduduk di dunia ini.


jika kau memiliki simpanan di bank, duit di dompet, dan mampu membelanjakan sebagian wang untuk menikmati hidangan di restoran

…kau merupakan anggota dari 8% kelompok org2 kaya di dunia.


jika orang tua kau masih hidup dan menikmati kebahagiaan kehidupan perkahwinan mereka

…maka kau termasuk salah satu dari kelompok org yg dikategorikan sedikit.


jika kau mampu mengangkat kepala dgn senyuman dibibir dan merasa benar2 bahagia

…kau memiliki keistimewaan tersendiri, kerana sebagian besar org tidak memperoleh kenikmatan tersebut.



hitunglah kurnia keberuntungan yg kau miliki, dan renungkanlah. bahawasanya kau adalah org yg sgt beruntung.


dgn bersyukur, kau akan lebih menikmati hidup yg hanya sebentar ini.

0 sings along...: