aku adalah angin...

as free as the wind...

badai itu telah membuat hatinya retak
dan perlahan-lahan menghancur
menjadi kepingan-kepingan kecil
berserakan di tiup angin

namun
dalam kepedihan dan kerapuhan diri
dia cuba mencari kembali kepingan yang hilang
lambat-lambat dia menata dan membentuk
satu demi satu
satu demi satu
satu demi satu
sehingga dia tersedar
satu kepingan yang terpaling penting
masih belum ditemukan

angin melihat jiwanya yang gundah
lalu dikhabarkan sebuah berita
ternyata kepingan yang penting
tertinggal pada sebuah raga
yang selamanya takkan mungkin mengerti
erti kepingan itu

dia mengeluh dan terpunduk
tidak
dia tidak akan menagih kepingan itu dipulangkan
cuma dia mengharap
di mana pun kepingan itu tersangkut
hargailah ia...

seminggu!!!
seminggu aku cuba bertahan!!!


demmm how i wish i can just go to a doctor, dan minta padanya:


“yo doc, boleh tolong x-ray saya tak? saya nak tengok nama siapa yang ada di tulang rusuk saya nih. tolong, doc. saya sangat perlukan maklumatnya untuk segera melakukan pencarian ke atas orang itu dan menyediakan jawapan untuk mereka2 yang over-conscious or at least bagi memastikan bahawa saya tidak melakukan kesalahan dengan membuang masa saya untuk orang lain…”



demmm!!!
kalau boleh dah lama aku buat!!!

cinta itu desir angin
kadang ia meniup rindu
kadang ia menghembus duka


tika kaku tiada berangin
seakan terhenti hidup ini


dia ingin cinta terus membelai
dia ingin cinta terus disisi
tak ingin ia berlalu pergi…

omg he called!!!

ternyata kau memang tidak bernyali
ini bukan perempuan dalam kamus itu
ini bukan mimpi indah

yang kau terbaring bahagia di atasnya
bukan juga mimpi buruk

yang kau ingin segera terjaga darinya

benar kau sudah lelah

memerangi hati dan perasaan
letih mencuba menjadi segalanya

penat mengungkapkan semua ingin mu
sedang akhirnya segala indera perempuan milikmu

jadi senjata makan tuan

menyerah sajalah

pada siapapun yang memiliki separuh hatimu

jodoh itu ada, cuma belum sampai masanya. ibarat menanti jambatan utk ke seberang, kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanannya. ada org jodohnya cepat sbb jambatannya pendek. usia 30 thn rasanya belumlah terlalu lewat. dan usia 40 thn belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan utk membina kecemerlangan. luahkanlah perasaan dan keinginan itu dlm doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.


wanita baik utk lelaki yg baik, sebaliknya wanita jahat utk lelaki yg jahat. biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right (walaupun tak spt Mr Darcy) dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yg tak beriman dan tak bertanggungjawab kemudian nanti.


mmg mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. selalu menyangka, kau pasti bahagia kalau mendapat ini atau itu. hakikatnya, apabila kau benar2 mendapat apa yg diinginkan, ia juga dtg bersama masalah.


kau selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetik di dlm hati, bahagianya org itu. hakikatnya apabila kau telah memiliki kereta sendiri (walaupun tidak mewah), pelbagai kerenah menimpa. tak mustahil juga org yg memandu kereta mewah (walaupun sebnrnya hidupnya tak semewah keretanya) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti utk membeli buah di tepi jalan. org lain membeli dgn harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.


ketika kau terperangkap dlm kesesakan jalan raya, motosikal mencelah2 hingga dlm sekelip mata mampu berada jauh di hadapan. kau yg memandu kereta pun mengeluh, alangkah baiknya kalau hanya menunggang motosikal spt itu dan cepat sampai ke tempat yg dituju. sedangkan penunggang motosikal pula mungkin sdg memikirkan bilakah dia akan memandu kereta sendiri di tgh2 bandar raya.


bukan semua yg kau sangka menggembirakan itu benar2 membahagiakan. bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga dtg sama. semua benda, pasti ada baik buruknya. demikian juga perkahwinan. ia baik sbb ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sbg saluran yg betul utk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dsb, tapi ia juga buruk sbb ramai org yg berkahwin hidupnya semakin tak terurus. ramai org menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. dgn terlafaznya ijab dan kabul, bukan saja menghalalkan hubungan kelamin, namun tanggungjawab yg terpaksa dipikul juga turut bertambah. dan apabila gagal melaksanakannya, kau mengumpul dosa dan seterusnya membina jambatan ke neraka.


lihatlah di sekeliling, berapa ramai manusia yg kau kenal menyesali perkahwinan masing2 padahal dulunya mereka bermati2an membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? belum dikira lagi berapa byk rumahtangga yg runtuh sedangkan zuriat telahpun dilahirkan? berapa ramai pula yg walaupun masih dlm ikatan perkahwinan tetapi menjalin hubungan terlarang kononnya tak sanggup berpisah demi anak2?


jika tak sanggup utk bergelar isteri tak usah berkahwin dulu. jika merasakan diri belum cukup ilmu utk bergelar ibu, belajarlah dulu. jika rasa2 belum bersedia utk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. jangan berkahwin lagi sbb kenyataannya ramai yg tak bersedia utk melangkah tapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus ke gaung yg sgt dlm dan tak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


berkahwin itu indah dan nikmat bagi yg benar2 mengerti tuntutan2nya. berkahwin itu menjanjikan pahala yg tak putus2 bagi yg menjadikannya gelanggang utk memantapkan diri, mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. berkahwin itu permulaan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan, sbg ejen pelengkap antara pasangan – bagi yg mengetahui rahsia2nya.


andai satu masa nanti sampai jodohmu, berkahwinlah demi Allah dan Rasul-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan dtg menjemput, namun perlu juga kau cuba membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tak terhalang.



kau tak akan selalu dpt apa yg kau suka. jadi belajarlah menyukai apa yg ada dan apa yg telah kau dapat. dan, sementara menunggu waktu itu sampai, bergembiralah menikmati kehidupan bujangmu!!!

jodoh itu ada...
jodohku pasti ada...
boleh jadi sesiapa pun...
boleh jadi...



dia...?

tetap ada rindu dihatinya
mengalir bagai sungai tak berpenghujung
pada mentari yang menyinar sepanjang hari
pada malam yang membungkam sepi
di setiap waktu yang terus berlari

tetap ada rindu dihatinya
buat pemilik cinta
yang menakluk hati tanpa sedar

dan akhirnya telah pergi
terbang menjauh mengejar bintang
tapi rasa dihatinya tak akan hilang
tetap hidup tak pernah lekang
setia memberi sepenuh jiwa

hingga akhir waktu dunia...

All Good Things Come to An End


bohong besar kalau aku kata aku tak perlu apapun darinya.

tipu benar kalau aku kata aku tak ada sebarang kepentingan padanya.
BETUL!!!

aku perlukannya dan aku memiliki kepentingan padanya.

aku perlu dia untuk membuat aku tetap menjadi diri aku sendiri.

aku perlu dia untuk membuat aku rasa diri aku adalah perempuan yg sbnrnya.

aku perlu dia untuk mengingatkan aku bahawa aku juga adalah manusia yg punya perasaan dan segala mcm masalah.

aku perlu bahunya saat bahu aku sendiri dah tak mampu menanggung beban yg menghenyak.

aku perlu dia untuk mengatakan tidak atau jangan, atau apa saja dgn segala alasannya, yg jarang sekali aku persetujui.

aku perlu pandangan dia atas perkara yg aku lakukan, walaupun tak selalu aku endah.

memang

padanya tempat aku menghambur marah.

padanya tempat aku mengesat air mata yg tumpah.


tapi

aku juga membencinya!!!

benci kerana dgnnya aku menjadi perempuan lemah.

benci kerana dgnnya aku menjadi manusia lembik.

benci kerana dgnnya aku tak kenal siapa diri aku.

benci kerana dgnnya juga aku jumpa diri sebenar aku.

paling aku benci, dia masih menerima aku tak kira apa pun yg aku dah buat supaya dia benci aku!!!

dan untuk itu aku jadi benci pada diri sendiri kerana pada akhirnya aku tetap datang padanya tak kira sejauh mana aku cuba berpaling.

ya, aku suka, sangat suka padanya. titik. di ulang… titik, bukan koma.

ada satu nama yg telah meletak titik di situ, tapi sayang itu bukan namanya.

dia harus tahu betapa keras aku cuba menukar atau lebih baik lagi membuang titik itu.

dia harus tahu bagaimana aku berusaha melangkaui titik mati itu.

dia juga harus tahu saat ini aku sudah terlalu letih mencuba.

aku hanya ingin berehat.

mungkin kemudiannya aku akan mencuba lagi.

mungkin…

again i am faced with a dilemma in my life, not as emotionally wrecking as many times before but to be back in this position where i have to choose... adalah sangat demmm perasaannya and it's a life defining time nevertheless.


do i stand where i am and try and pull myself back up in life or do i risk the moment and see what may come for a future even i can't predict if i wanted to? demmm i dunno.


choices in life. is that all what we have?


choices. the power to choose what we want and how we want it. demmm, is there such thing? bley pilih nak apa dan nak mcamana.


but i do noticed even in seemingly impassable areas of my life where i find myself at a dead end i still do have choices to make. do i try and go foward? or do i just give up?


choices, that is the price of life that we have, the key that defines us as who we are and where our destiny lies.


and where the hell is my destiny lies?


should i say yesss? or just let it go?


demmmmmmm!!!

i believe that i can choose to be happy or not. it’s all in the mindset. change the way the mind thinks and it can do wonders. but masalahnya this fucking brain always so mess up that it seems to choose to be being unhappy rather than being happy, no matter how hard i try to stay away from being miserable.

tapi kadang2 aku rasa mcm otak aku ni the most happiest when i'm at most miserable. i mean, most of the time mcm tu lah kot. sbbnya i think better when i’m miserable, but tend to forget everything when i’m happy. bila sedey baru otak nak berfungsi. bila gumbira lalala~~~ otak letak tepi.

masalah niiihh!!!

jadi kau memilih untuk terus begitu???


sitting at this side of the road.
watching the sky with a glass of lemonade at hand.
read some headlines in the newspapers.
and wait for a miracle to come.


telah aku jelaskan tentang jodoh. tapi masih juga kau bertanya bagaimana andai kau tahu kalau seseorang itu adalah jodohmu?


seperti bunga lalang yg menusuk2 telingamu lalu menghadirkan satu rasa yg lucu tetapi indah dan kamu sedar hanya dia yg berupaya melakukannya.

seperti gesekan sayap kupu2 yg bermain2 di atas telapak tanganmu yg menimbulkan sebuah rasa tak bernama namun kamu tahu belum pernah ada seorang pun yg mampu melakukannya selain dia.

seperti hati yg tiba2 bergetar hebat saat harum sejambak mawar melayang2 di udara lalu tertangkap oleh deria hidumu langsung membibitkan perasaan yg membahagiakan.

seperti sebuah bisikan yg tak pernah kamu ketahui dari siapa, tapi kamu tahu, suara itu tidak berbohong ketika mengatakan kalau dia inilah pasangan jiwamu yg nanti akan menyumbangkan satu rusuknya untukmu?


TAAAAPIII...


there are all hanyalah false alarms.
geletek ditelinga dan telapak tangan yg kamu rasakan hebat, ternyata hanya membuatmu geli.
wangi mawar yg singgah dihidungmu, ternyata malah membuatmu bersin tak henti.
dan suara kecil itu adalah kemahuanmu, bukan isi hatimu.


jadi,


bagaimana kamu boleh terlalu yakin, kalau dia akan datang bertanyakan tentang kerusi di sisimu, sedang hakikatnya dia diam saja di sana malah terus merindu bintangnya?

"kewarasan akli...tu saje jek istilah. yg betol keupayaan fungsi mental,emosi dan tingkah laku mengatasi tuntutan nafsu."


u dont answer me right, doc.
and clearly, u dont practice what u preach.
u only prove urself wrong, again.
maybe u didnt notice but, ur action contradicts ur words.
and i'm not that stupid to undertand ur drama.
na-ah, it's just a waste to put any links here.
baaaaaahhhh!!!

"kalau akak nak hemo ker.....x per...sebab hemo tu normal...cume....kene ade kewarasan akli..."



hahahahhh!!!

siriyes i laughed like sooooo super hard that my stomach and jaw hurt really bad.
giler kelakar la lu bro!!!


and the question is just this, really,
do u actually practice what u preach???

'jadi kamu mengharap akan berlaku satu keajaiban? a miracle?'

'aku percaya pada keajaiban...'

'dear, soalanku berbunyi samada kamu mengHARAP pada keajaiban, bukan samada kamu PERCAYA padanya atau tidak.'

'jadi apa bezanya?'

'ada satu garis halus yg membatasi antara berserah pada takdir dan percaya pada takdir, dear.'

'...'

'dan kini kamu sedang berdiri di antara keduanya.'

'...'

'jadi sampai bila?'

'sampai bila apa?'

'kamu akan menunggunya?'

'menunggu apa?'

'dia...'

'dia? siapa dia?'

'jangan pura2 bodoh, dear. kamu menunggu dia kan? dia, lelaki itu kan?'

'he'll knock my door.'

'but what if he wont?'

'but what if he will?'

'bukankah dia telah memilih untuk terus menunggu di depan pintu perempuan itu, dear?'

'dan aku telah memilih untuk terus menunggu di depan pintunya!'

'bodoh!'

'memang bodoh, tapi sekurang2nya penantian aku penantian bermaruah. dia belum menjadi milik sah mana2 perempuan, sedangkan perempuan yg ditunggu, yg ditagih rindunya itu...'

'kamu keras kepala!!!'

'aku yakin dgn pendirianku.'

'dan ada satu garis halus yg membatasi antara keyakinan dan kedegilan. sekarang kamu...'

'now what? am i standing between the line?'

'yup...!'

'antara ke-yakin-an... dan... ke-degil-an... huh?'

'hmm... dan satu perkara lagi. kamu sedar tak kalau ada satu garis halus yg membatasi antara rasa peduli dgn terlalu ikut campur?'

'peduli... ikut campur?'

'well... kamu pasti faham. dan kedua kakimu berada tepat di atas garisan itu sekarang...'

'...'

there's always a sharp pain in my heart everytime i read his blog.
and unbearable throbing headache when i read hers.
their blogs, the little notes, the comments.
it hurts, really, it eats me inside, yet i read it.
so yeah, i know how much he loves her, how bad he misses her.
and of course, she misses him too.


but for God's sake,
SHE'S MARRIED!!!
.


walaupun kata mereka atas nama friendship, but still i can't help thinking,
apa hukumnya seorg perempuan yg telah bersuami masih bermain emosi dgn lelaki lain? dan apa hukumnya pula, seorang lelaki yg mengetahui dgn jelas perempuan yg dicintainya itu telah menjadi isteri kpd lelaki lain tapi masih juga melafazkan rindu dendamnya secara nyata? ya, sekalipun atas landasan 'persahabatan' (wtf?) sehidup-semati-saling-mengerti-sepenuh-jiwa-raga-forever-and-ever?

ironinya, mereka bukan dari kalangan yg jahil agama malah sangatlaaaaahhh bijaksana...!